TAZKIRAH
Di
bawah adalah petikan dari Direktorat Jendral Urusan Riset, Fatwa, Da'wah dan
Bimbingan Islam, RIYADH-SAUDI ARABIA (1404H~1984)
Oleh
Abdul Aziez bin Abdullah bin Baz.
HAL-HAL
YANG MEMBATALKAN KEISLAMAN
1.Mempersekutukan
ALLAH (Syirik) dalam ibadah. ALLAH berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya
orang mempersekutukan ALLAH nescaya ALLAH akan mengharamkan syurga baginya, dan
tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka , dan tiada seorang penolong pun bagi
orang-orang zalim". Diantara perbuatan syirik tersebut ialah: meminta doa
dan pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, begitu pula bernazar dan
menyembelih korban demi mereka.
2.Menjadikan
sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan ALLAH dengan meminta doa dan
syafaat serta berserah diri (tawakal) kepada perantara itu. Yang melakukan hal
tersebut, menurut kesepakatan Ulama' (ijma'), adalah kafir.
3.Tidak
mengkafirkan orang musyrik, atau ragu akan kekafiran mereka, ataupun membenarkan
faham(madzab) mereka, dengan demikian ia telah kafir.
4.Berkeyakinan
bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad saw. Itu lebih sempurna, atau berkeyakinan
bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang
mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpan dari
hukum ALLAH (aturan-aturan Taghut), dan mengenyampingkan hukum Rasulullah saw.
Maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. Sebagai contoh:
a..
Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan perundang-undangan yang diciptakan manusia
lebih utama daripada syaria't Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak
tepat untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam
adalah sebab kemunduran kaum muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu
terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur
urusan segi kehidupan lain.
b.
Berpendapat bahawa melaksanakan hukum ALLAH dalam memotong tangan pencuri, atau
merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan), tidak sesuai lagi di masa kini.
c.
Berkeyakinan dengan dibolehkannya menggunakan selain hukum ALLAH dalam segi
mu'amalat Syar'iah (seperti: perdagangan, sewa-menyewa, pinjam-meminjam dll.),
atau dalam menentukan Hukum Pidana,atau lainnya, sekalipun tidak disertai dengan
keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada syari'at Islam.
Kerana dengan demikian ia telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh
Ulama'(Ijma'). Sedangkan setiap orang yang menghalalkan apa yang jelas dan tegas
diharamkan oleh ALLAH dalam agama, seperti: zina, arak, riba dan penggunaan
perundangan selain Syari'at ALLAH, maka ia adalah kafir menurut kesepakatan umat
Islam (Ijma').
5.Membenci
sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasullah SAW sebagai Syari'at beliau,
walaupun ia mengamalkannya, maka ia menjadi kafir, kerana ALLAH berfirman yang
bermaksud "Demikian itu adalah dikeranakan mereka oleh ALLAH menghapuskan (pahala)
segala amal perbuatan mereka".
6.Memperolok-olok
terhadap sesuatu dari ajaran Rasullah SAW., ataupun terhadap pahala maupun
siksaan yang telah menjadi ketetapan Agama, maka ia menjadi kafir, kerana ALLAH
telah berfirman yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad), terhadap,
ALLAH-kah dan ayat-ayat Nya serta RasulNya kau sekelian memperolok-olok? Tiada
erti kau meminta maaf, kerana kau kafir setelah beriman."
7.Sihir,
diantaranya ialah ilmu guna-guna (sarf) iaitu merubah kecintaan seorang suami
terhadap isterinya menjadi suatu kebencian; begitu juga ilmu pengasih, iaitu
menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara
syaitan. Maka barang siapa yang mengerjakan sihir atau senang dan rela dengannya
maka ia adalah kafir, kerana ALLAH berfirman yang bermaksud "Sedang kedua
malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada seseorang pun sebelum
mengatakan, sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu
kafir".
8.Membantu
dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi kaum Muslimin, kerana ALLAH
berfirman yang bermaksud "Dan barang siapa diantara kamu mengambil mereka (Yahudi
dan Nasrani) menjadi pemimpin maka sesunguhnya orang itu termasuk golongan
mereka. Sesungguhnya ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim"
9.Berkeyakinan
bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikuti Syaria't Muhammad SAW.,
maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. ALLAH berfirman yang bermaksud
"Barang siapa menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan
diterima agama itu daripadanya, dan di Akhirat tergolong orang-orang yang rugi".
10.Berpaling
secara keseluruhan dari agama ALLAH, atau dari hal-hal yang menjadi syarat
mutlak sebagai muslim, tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya.
ALLAH berfirman yang bermaksud "Tiada yang lebih zalim daripada orang yang
telah mendapatkan peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling
daripadanya, Sesungguhnya Kami akan menimpakan pembalasan kepada orang-orang
yang berdosa" Dan ALLAH berfirman yang bermaksud "Dan orang-orang yang
kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka".
Dalam
hal-hal yang membatalkan keislaman ini, tiadak ada bezanya dalam hukum, antara
yang main-main dan yang sungguh-sungguh bersengaja melanggar ataupun yang kerana
takut terkecuali yang dipaksa. Semuga ALLAH melindungi kita dari hal-hal yang
mendatangkan kemurkaan Nya dan kepedihan siksa Nya.
Sekian.